Monday, 1 February 2016

Cara Mohon RUMAWIP

Garis Panduan Permohonan Rumah Mampu Milik










1. Sila KLIK DI SINI untuk daftar permohonan.
Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini Profil Peribadi mereka.

2. Apabila projek telah dibuka untuk permohonan, pemohon hendaklah mengemukakan permohonan secara online. Sila KLIK DI SINI untuk login sistem pendaftaran. Kebiasaannya setiap kali projek baru dibuka, semua pehohon akan dimaklumkan melalui email.

3. Sekiranya permohonan tersebut LAYAK DIPROSES, maka pemohon diminta mengemukakan dokumen sokongan berikut :-

       -  Salinan Kad Pengenalan Pemohon
       -  Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Suami/Isteri)
       -  Salinan Surat Nikah / Sijil Perkahwinan / Surat Cerai / Sijil Kematian
       -  Penyata Gaji Terbaru Pemohon
       -  Penyata Gaji Terbaru Pasangan
       -  Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon
       -  Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan
       -  Salinan Bil Elektrik
       -  Salinan Bil Air
       -  Salinan Sijil Kelahiran Anak-anak / Tanggungan
       -  Surat Pengesahan OKU Pemohon / Surat Pengesahan OKU Tanggungan (jika ada)
       -  Surat Pengesahan Majikan Pemohon
       -  Surat Pengesahan Majikan Pasangan
       -  Salinan Geran / Salinan S&P harta yang dimiliki (jika ada)
       -  Surat Akuan Sumpah
       -  Cetak Borang Permohonan/Pendaftaran

       Klik untuk muat turun Senarai Semak dan Surat Akuan Sumpah




4. Sekiranya permohonan LAYAK DIUNDI, maka Surat Jemputan menghadiri proses pengundian akan dihantar kepada pemohon melalui e-mel. Sila semak e-mel atau Daftar Masuk sistem untuk melihat status permohonan.Pemohon yang tidak dapat hadir, sila kemukakan Borang Pelantikan Proksi. Klik di sini untuk muat turun Borang Pelantikan Proksi.

5. Sekiranya Pemohon BERJAYA dalam proses pengundian, Surat Pengesahan akan dihantar melalui e-mel kepada Pemohon.

6. Senarai nama permohon yang berjaya akan diserahkan kepada PEMAJU yang terbabit untuk mengeluarkan Surat Tawaran Pembelian. Urusan seterusnya pihak Pemohon akan berurusan dengan Pemaju sehingga Pemohon berjaya menduduki rumah yang dipohon.

Jika ada apa-apa soalan, boleh drop komen di bawah dan admin akan membantu sebaik mungkin. Thanks semua kerana sudi melawat blog Taiko Property.

2 comments: