Nama Projek : Puchongmas
Nama Hartanah : Residensi Puchongmas (Bumi dan Nonbumi lot)
Jenis Kediaman : Kondominium
Nama Pemaju : Sinerjuta Sdn Bhd
Tarikh Dijangka Siap : 31-Dec-2019
Bilangan Unit :524
Harga (RM) : 260,000.00
Bilangan Bilik : 3
Saiz : 900kps
Spesifikasi :3 bilik tidur, 2 bilik air
Kemudahan :
Tempat letak kereta, pondok pengawal, kolam renang dan kebuk sampah
Sebarang pertanyaan berkenaan projek ini boleh terus hubungi pemaju atau daftar di website rumawip.
https://rumawip.kwp.gov.my
Sinerjuta Sdn Bhd - 03 7727 3366
Thanks semua kerana sudi melawat blog kami, jika ada soalan atau pandangan boleh tinggalkan komen di bawah.
5 Langkah Elak Ditipu Scammer Hartanah
Sebelum anda mulakan proses pembelian rumah, ada 5 perkara penting yang anda perlu lakukan. Maklum lah skarang ni banyak kes penipuan melibatkan hartanah. Jadi elok lah anda selidik betul-betul dulu.
Zaman kegawatan ekonomi semakin mendatang. Kuasa membeli semakin kurang. Masing-masing sudah memulakan strategi cara untuk meningkatkan pendapatan. Antaranya dengan memulakan perniagaan. Termasuk membeli rumah untuk tujuan membina aset.
Membeli hartanah bukan semudah membeli barang di kedai runcit. Ada prosedur penting yang perlu dilalui. Artikel ini berkongsi senarai semak yang penting kita ketahui sebelum membeli rumah dengan syarikat pemaju. Jangan terlalu rakus membeli, khuatir akan datang, ada masalah yang perlu dihadapi oleh kerana tidak kenal latar belakang pemaju.
1. Lakukan Carian Tentang Syarikat Pemaju
Sebelum anda putuskan untuk membeli rumah dengan sesebuah syarikat pemaju, selidik dahulu latar belakang pemaju tersebut. Cuba dapatkan sedikit gambaran tentang syarikat tersebut. Saya amat galakkan anda untuk membuat carian syarikat (company search) untuk mengetahui maklumat-maklumat penting tentang syarikat tersebut.
Melalui carian syarikat, anda boleh mengetahui tentang status syarikat tersebut sama ada ia syarikat berdaftar ataupun tidak, sama ada ia masih aktif, dan tidak digulungkan (wound-up) atau sebaliknya.
Bilakah syarikat tersebut ditubuhkan dan adakah syarikat tersebut didaftarkan sebagai syarikat yang menjalankan perniagaan pemajuan hartanah ataupun tidak (kerana banyak syarikat yang buat bisnes hartanah, tetapi sebenarnya syarikat tersebut tidak pun didaftarkan sebagai syarikat yang mana perniagaannya adalah pemajuan hartanah).
Melalui carian syarikat juga anda boleh mengetahui siapakah pemegang saham syarikat tersebut, ahli lembaga pengarah dan juga modal berbayar (paid-up capital) serta untung rugi syarikat tersebut. Maklumat tersebut dapat memberi gambaran awal kepada anda, tentang sejauh manakah establishnya serta kemampuan syarikat tersebut untuk memajukan sesuatu projek hartanah.
Kalau syarikat yang modal berbayarnya (paid-up capitalnya) hanyalah RM2 atau baru seminggu didaftarkan, bagaimanakah anda boleh meyakini ia mampu melaksanakan satu projek perumahan yang melibatkan 100 unit buah rumah misalnya. Bagi saya gambaran awal sebegitu amat penting dalam kita menilai sesuatu.
2. Semak Pengalaman Dan Track Record Pemaju
Saya amat menyarankan anda membuat semakan tentang pengalaman dan track record pemaju tersebut dalam bidang hartanah, dan berapa banyakkah projek perumahan yang pemaju tersebut telah bina dan siapkan.
Artikel Berkaitan: Teknik Rumah Rosak - Rahsia Beli Rumah Bawah Harga Pasaran
Caranya adalah dengan menghubungi Bahagian Perlesenan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengetahui tentang pengalaman syarikat tersebut dalam bidang hartanah.
Melalui semakan tersebut anda boleh tahu setakat mula penubuhannya?
Berapa banyakkah projek perumahan yang mereka telah bina dan siapkan dengan sempurna?
Berapa banyakkah projek perumahan mereka yang lewat atau terbengkalai?
Adakah pemaju atau mana-mana ahli lembaga pengarahnya pernah disabitkan dengan apa-apa pertuduhan atau kesalahan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan)?
Adakah pemaju tersebut pernah kena black list oleh kementerian?
Dan lain-lain maklumat yang berkenaan lagi
Melalui maklumat tersebut juga anda dapat membuat penilaian sejauh manakah bersihnya track record syarikat pemaju tersebut. Kalau anda sudah mengetahui yang syarikat tersebut ada projeknya pernah terbengkalai dan bermasalah, eloklah jangan ambil risiko untuk membeli hartanah yang dibina olehnya.
3. Semak Status Lesen Pemajuan Perumahan Pemaju
Sila semak juga dengaan kementerian sama ada pemaju tersebut telah memperoleh lesen pemajuan perumahan serta permit iklan dan jualan atau tidak untuk sesuatu projek perumahan yang didirikan tersebut.
Lesen pemajuan perumahan dan permit iklan dan jualan ini perlu diperolehi oleh mana-mana syarikat pemaju, sebelum mereka boleh memulakan pembinaan sesuatu projek perumahan dan menawarkannya untuk jualan kepada orang ramai.
Adalah satu kesalahan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) bagi mana-mana pemaju yang gagal mendapatkan kelulusan lesen dan permit tersebut.
Biasanya syarikat yang telah memperolehi lesen pemajuan perumahan dan permit iklan dan jualan ini, mereka dikehendaki menulis, dan memaparkan nombor lesen dan permit tersebut dalam setiap notice board atau pampalet/ broucher yang mereka keluarkan.
Walaubagaimanapun, untuk pengesahan, sila semak dengan kementerian tentang nombor lesen pemajuan dan permit iklan dan jualan tersebut sama ada ianya benar-benar telah diluluskan dan sah (valid).
4. Minta Salinan Geran Hartanah Daripada Pemaju
Setelah anda meyakini yang syarikat tersebut benar-benar berpengalaman dan kukuh dalam melaksanakan sesuatu projek perumahan, bolehlah anda berurusan dengan mereka untuk mengetahui maklumat terperinci tentang rumah yang anda ingin beli tersebut.
Cumanya, satu perkara yang saya ingin ingatkan, sebelum anda putuskan untuk membeli rumah tersebut, macam biasa, sila minta salinan geran rumah tersebut daripada pemaju, dan lakukanlah carian persendirian di pejabat tanah. Sila minta minta daripada pemaju salinan Lesen Pemajuan Perumahan dan Permit Iklan dan Jualan untuk projek tersebut sebagai pengesahan.
5. Fahami Terma-terma Penting Dalam Perjanjian Jual Beli Sebelum Menandatanganinya
Jika anda telah berpuas hati dengen keadaan fizikal, status tanah, harga dan lain-lain berkenaan hartanah tersebut, barulah anda memasuki perjanjian jual beli dengan pemaju. Jangan sama sekali anda tergesa-gesa untuk tanda tangan perjanjian jual beli selagi anda masih belum berpuas hati dengan hartanah tersebut.
Masa inilah anda boleh bertanya, minta dan clarify apa sahaja dengan pemaju. Kerana setelah anda menandatangani perjanjian jual beli kelak, anda dianggap telah terikat dengan terma-terma perjanjian jual beli tersebut dan kebiasaannya, pemaju pun sudah agak kurang minat untuk melayan anda, sebab mereka sudah berjaya mengikat anda.
Handshake - agreement
Seboleh-bolehnya, baca dan cuba fahami terma-terma penting yang terdapat di dalam perjanjian jual beli sebelum anda menandatanganinya. Tanyakan apa sahaja tentang terma perjanjian jual beli tersebut kepada peguam yang telah dilantik.
Sesetengah Pemaju akan minta anda menandatangani perjanjian jual beli tersebut di hadapan mereka. Sebenarnya, anda berhak untuk minta, agar perjanjian jual beli tersebut ditandatangan di hadapan peguam, supaya anda boleh bertanyakan apa sahaja berkaitan perjanjian jual beli tersebut kepada peguam. Setelah anda betul-betul berpuas hati, barulah anda tandatangan perjanjian jual beli tersebut.
sumber : http://www.majalahniaga.com/
Nama Projek:
M RESIDENCE 2 (JENIS C)
Harga:RM170K Sahaja !!
Jenis:
RUMAH SELANGORKU JENIS C 800-899 kp
Lokasi:
RAWANG
Tarikh Jangka Siap:
01 / 03 / 2018
Daerah:
GOMBAK
Mukim:
RAWANG
Nama Pemaju:
ELITE PARK DEVELOPMENT SDN BHD
Cara untuk memohon rumah ini ialah melalui pendaftaran dengan pemaju atau Rumah Selangorku. Jika anda mendaftar dengan pemaju, anda masih perlu untuk membuat semakan dengan pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LHPS).
Nama Pemaju:
ELITE PARK DEVELOPMENT SDN BHD
03-60928188
atau anda boleh mendaftar dan dapatkan maklumat di website LHPS:
http://ehartanah.lphs.gov.my/
Thanks semua kerana sudi melawat blog kami, jika ada soalan atau pandangan boleh tinggalkan komen di bawah.
Nama projek : Residency Kepongmas
Jenis : Kondominium
Area : Kepong, Kuala Lumpur
Pemaju : Sinerjuta Sdn Bhd
Status : Dalam Pembinaan
Harga : 198k
Spesifikasi :
3 bilik tidur dan 2 bilik air
Kemudahan :
Pondok Pengawal Keselamatan, Dewan Serbaguna, Kawasan rekreasi, Kiosk, Surau dan Taska
Harga :
Tingkat 8 - 12 RM188,000, Tingkat 13 - 17 RM193,000, Tingkat 18 ke atas RM198,000
Landmark :
Taman Metropolitan, Kepong
FRIM Kepong
Sebarang pertanyaan berkenaan projek ini boleh terus hubungi pemaju atau daftar di website rumawip.
https://rumawip.kwp.gov.my
Sinerjuta Sdn Bhd - 03 7727 3366
Thanks semua kerana sudi melawat blog kami, jika ada soalan atau pandangan boleh tinggalkan komen di bawah.